Tahun 2012, semuanya seperti baru. Semuanya, segalanya. Hidup baru, perasaan baru, azam baru, sekolah baru. Aku pindah. Ohh yeahh o.0 Aku pindah! Pindah rumah lama, Terengganu. Kemaman, tiada lagi. Hanya meninggalkan luka yang amat pedih. Sorry Scion Zealous, aku tak dapat nak jenguk korang selalu. Aku jauh dengan korang. InsyaAllah, jika dipanjangkan umur, kita bakal berjumpa suatu hari nanti.
Ini tahun, aku akan menjadi pelajar baru, di sekolah orang. Sekolah yang aku tidak pernah impikan. Sumpah -,- Ini tahun aku Tingkatan Empat. Duhh, sentap bhaii. Gilaa nak study! Otak aku dah lama beku, berhabuk, berdebu, tak sumbat ilmu apa bagai. 3hari telah berlalu. Apa yang aku maksudkan hari persekolahan. Tapi aku, still duduk dekat rumah lepak macam orang tidak lagi bersekolah. Semua ini disebabkan rekod tentang aku di maktab lama, belum lagi di-pos. So, tiada mereka mereka itu, selagi itulah pihak sekolah tidak akan terima aku. Duhh, bodoh sial! First time aku pijak sekolah tu, aku dah fikir, apehal diaorang ni? Macam gampang! Aku buat muka selamba, ada aku kisah? Okay, I'm crapping!
Aku berazam, aku ingin gempakkan sekolah tersebut. Aku akan menguasai segalanya! Cabar tak aku jadi penolong ketua pengawas? Mati korang aku kerjakan! HAHAHA
Okay, aku janji 2tahun aku tidak akan menyentuh mana-mana perasaan, hati, jiwa raga lelaki-lelaki sekalian. Aku harap aku boleh. Semenjak dua menjak tiga menjak ni, aku telah kehilangan minat aku terhadap Facebook, Blogger, Twitter, Laptop. Disebabkan itulah, lama aku tak menjejakkan jari jemari aku pada papan kekunci laptop Acer hitam kelabu ini.
Okay, setakat ini sahaja. Sebelum ini, aku ada menulis satu cerita, random. Tapi drafted. Next time okay?
Bye readers.