Mind-effected

Sunday, January 8, 2012

Kau yang bernama manusia

Kau, kau mungkin tak kenal diri kau yang sebenar. Aku tahu, kau terlalu banyak berkorban untuk aku. Sungguh, terlalu banyak. Sehinggakan aku tiada daya untuk membalasnya. Mungkin kau fikir, kau betul. Tapi, aku langsung tidak pernah lihat, tidak pernah pandang, tidak pernah perasan, tidak pernah tahu akan kebenaran kau. Adakah ianya wujud? Ataupun ianya telah lupus? Aku buntu. Tiada siapa mengetahui akan jawapannya. Tiada siapa. Aku geram, aku sakit, aku seksa, aku perit. Akan tetapi, aku tiada kekuatan untuk melawan akan setiap tutur kata yang telah kau luahkan. Aku bagaikan beku, kaku, diam seribu bahasa tanpa menjawab sepatah kata. Bila aku menjawab, kau membantah. Mungkin benar, kau lebih tua. Aku patut, harus, wajib hormat kau. Tapi ada kau kisah tentang kehormatan dan maruah diri kau? Ada? Biar aku jawab, " Langsung tiada, hilang bersama roh yang telah diambil orang ." Kalian semua, mungkin tidak mengerti semua ini. Bukan mungkin, tapi memang tidak mengerti dan tidak akan mengerti. Hanya aku, hanya aku yang mengerti. Kerana aku yang melalui segalanya. Aku yang menjadi mangsa kata-kata kau. Aku yang menjadi mangsa penipuan kau. Untuk pengetahuan kau, rasa hormat aku hilang setelah kau lakukan ini semua. Rasa hormat aku hilang! Kau faham maksudnya? Kau pasti berfikir, aku lemah, aku kalah, aku bodoh kerana hanya berdiam diri! Belum tiba masanya untuk aku melawan. Bukan untuk membalas dendam, cuma ingin menyedarkan kau. Supaya kau tahu kesalahan kau selama ini. Impian aku, harapan aku hampir musnah. Kalau keadaan terus-menerus seperti ini, aku mungkin akan sakit jiwa, aku mungkin akan mendaftarkan diri ke hospital sakit jiwa. 

Aku kuat, dia kuat, mereka kuat, kami terlalu kuat mengharungi segalanya cabaran. Kami terlalu kuat menghadapi dugaanMu, Ya Allah.