Hati aku hancur tiada siapa yang mengerti.
Perasaan aku tiada siapa yang dapat dimiliki.
Jiwa aku robek tiada siapa tahu.
Aku jatuh tiada siapa yang dapat menyambut.
Aku susah tiada siapa yang dapat menghulurkan bantuan.
Aku menjerit tiada siapa yang dapat mendengar.
Walaupun menjerit sekuat hati, bagai mahu tercabut, tercampak anak tekak.
Sekeliling aku gelap, suram.
Tiada siapa yang dapat mengerti.
Diri ini bagaikan keseorangan, tiada teman.
Perasaan yang hacur, berkecai, musnah seperti dicincang oleh si durjana.
Hati yang rapuh, tiada ubat.
Kaca yang selalu jatuh, pecah tidak lagi bermakna untuk sesiapa.
Tiada siapa yang ambil berat.
Tiada siapa yang dapat mengerti segalanya.
Segalanya berlindung di sebalik senyuman.
Gelak tawa yang menyembunyikan seribu satu perasaan.
Suka yang menyembunyikan segala keseksaan yang dirasa.
Pedih untuk menghadapi semua ini.
Meminta agar diberi segala kekuatan.
Bermohon, akhirilah segalanya.
Seksa, itu yang hanya mampu dikatakan.