Mind-effected

Friday, December 23, 2011

Wasiat

Assalamualaikum.

Nama aku Nuha Hazwani binti Ngah. Bernombor maktab 09345. Tarikh hari pertama aku memijakkan aku ke MRSM Kuantan ialah 3 Mac 2009 dan berakhirnya hari terakhir aku memijakkan kaki ke MRSM Kuantan ialah 22 Disember 2011. Mengapa? Ya, aku tidak lagi berjaya untuk meneruskan perjuangan aku di MRSM Kuantan untuk menimba ilmu yang begitu luas. Keputusan Peperiksaan Menengah Rendah aku tidak melayakkan aku untuk aku berbuat demikian. Hanya 5A3B. Alhamdulillah, walaupun aku tidak berjaya untuk mendapat 8A! Tuhan memberikan aku peluang untuk menyemak semula keputusan tersebut. Aku menyemak kembali hanya 2subjek. InsyaAllah, jika Tuhan mengizinkan aku mungkin memperoleh lagi 2A. Aku hanya mampu berdoa.

Tentang keputusan PMR aku, aku redha. Aku pasrah. Bukan rezeki aku buat masa ini. Tuhan inginkan yang lebih daripada aku. Mungkin aku berjaya pada masa SPM kelak, amin. Aku akui, aku cemburu dengan rakan-rakan yang berjaya mendapat 8A. Siapa tidak iri hati, bukan? Aku hanya mampu berdoa supaya Tuhan dapat memberikan yang terbaik buat aku untuk masa hadapan yang akan datang. Aku kuat untuk hadapi semua dugaan ini. Keluarga, saudara-mara, rakan-rakan berada disekeliling aku untuk terus menyokong aku. Aku ada peluang yang cerah untuk membuat rayuan untuk terus kekal dalam sistem MARA. Ngah Ali, iaitu bapa aku mempunyai ramai kenalan yang berkaitan dengan MARA. Bila-bila masa saja dia boleh berbuat demikian tapi aku menghalang. Lupakan tentang itu. Perkara lepas tidak perlu disesali.

Disini aku ingin membocorkan satu rahsia yang mungkin tidak ramai mengetahuinya. Akhir tahun 2010, aku telah membuat keputusan untuk keluar dari sistem mara. Mengapa? Kerana aku tidak tahan. Tambahan pula, tahun 2010 tahun hitam aku. Pelbagai masalah. Surat untuk berhenti untuk meneruskan dalam sistem mara pula telah diluluskan oleh Ayahanda pengetua. Tapi, ramai pihak yang memaksa aku untuk meneruskan pelajaran dalam sistem mara. Apakan daya, aku terpaksa akur. Mungkin rezeki berpihak kepada aku kerana hari pertama bermulanya sesi persekolahan tahun 2011 adalah hari yang sama untuk borang tersebut dihantar ke HQ. Aku sempat membatalkan niat aku itu. Dan, aku meneruskan hidup aku di MRSM Kuantan.

Selesai.

Wasiat daripada aku.

Scion Zealous,
Mungkin pabila korang baca wasiat ini, aku tidak lagi dapat bersama korang untuk tahun seterusnya. Tidak bermakna aku lupa korang dan korang akan lupa aku. Korang kawan aku dunia akhirat. Korang keluarga, korang abang, korang kakak, korang adik. Aku sayang korang macam aku sayang nyawa aku sendiri.

Lepas ni, tiada lagi manusia bernama Nuha Hazwani dalam hidup korang di MRSM Kuantan. Tiada lagi yang akan membebel tidak tentu hala dekat korang. Tiada lagi manusia yang garang macam singa dalam hidup korang. Tiada lagi manusia yang akan belanja korang selalu. Tiada lagi manusia yang suka menjerit dalam blok asrama. Tiada lagi manusia yang suka marah budak lelaki. Tiada lagi manusia yang bersemangat buat itu ini untuk membuatkan sesuatu ini sempurna. Tiada lagi manusia yang akan rancang buat itu ini. Tiada lagi manusia yang akan handle buat itu ini. Tiada lagi manusia buat itu ini, tiada lagi, tiada lagi, tiada lagi.

Aku harap korang rindu semua tentang aku. Korang rindu senyuman aku yang cun melecun. Korang rindu nak dengar aku jerit. Korang rindu nak dengar aku membebel. Korang rindu nak suruh aku belanja koop. Korang rindu nak paksa aku buat itu ini. Korang rindu nak dengar aku marah sebab kelas kotor. Korang rindu nak minum air aku. Korang rindu segalanya. Korang rindu, korang rindu, korang rindu.

Aku akan rindu segalanya tentang korang. Rindu nak lepak dengan korang. Rindu nak belanja korang. Rindu nak marah korang. Rindu nak bebelkan korang. Aku rindu nak sapu kelas. Aku rindu segalanya, rindu segalanya, rindu segalanya.

Aku rindu nak tawaf kelas bawah sampai atas dengan Ayeh semata-mata nak tengok couple masing-masing. Al-maklumlah couple kami kelas sama. Aku rindu nak menyelit dekat kelas korang. Aku rindu nak kenakan Tariq. Aku rindu nak cium pipi Tasya. Aku rindu nak buli Qis. Aku rindu nak bebelkan Pe'e. Aku rindu nak kena kacau dengan Ler. Aku rindu nak dengar Amal nyanyi lirik lagu entah apa. Aku rindu nak letak Mirada dalam loker. Aku rindu nak buli Ijan. Aku rindu nak kenakan Teyha. Aku rindu nak duduk atas meja lepak dengan Hawa. Aku rindu nak mandi hujan dengan korang. Aku rindu nak ingat kenangan lama dengan korang. Aku rindu nak lepak depan koop lepas balik prep petang. Aku rindu segalanya, rindu segalanya, rindu segalanya. Sorry, ada nama yang tidak tertera. Bukan lupa, tapi terlalu banyak sehinggakan aku tidak mampu lagi untuk menyatakannya.

Scion Zealous,
Lepas ni, korang dapat kawan baru. Mungkin juga ramai kawan aku yang akan ke MRSM Kuantan. Korang jaga mereka. Korang jaga ahli baru Scion Zealous. Korang jangan kutuk-kutuk orang lagi. Korang jangan buat masalah disiplin lagi. Korang hormat cikgu, hormat sesama sendiri. Aku janji, ada masa hujung minggu aku jenguk korang. Jarak kita tak jauh pun! Korang jaga nama baik Scion Zealous. Kita keluarga. Keluarga yang penuh dengan semangat. Kita kena sayang antara satu sama lain. Jangan lupa aku. Aku takkan lupa korang. Setiap kali aku sujud kepada-Nya, sujud terakhir aku sentiasa berdoa agar Dia berikan yang terbaik untuk Scion Zealous. Fikiran aku tidak pernah lupa korang. Aku sentiasa doakan kejayaan korang. Aku sayang korang, jangan lupa itu. Selamat tinggal sahabat.


# Mungkin sukar untuk aku mulakan hidup baru selepas ini. Tapi, aku harus lakukannya jua. Aku harus melakukan yang terbaik. Di Kuantan, aku belajar erti kehidupan sebenar. Aku belajar erti ketabahan hidup. Aku belajar erti menerima dugaan hidup. Aku belajar mengingati Tuhan. Aku belajar erti sahabat sebenar. Aku belajar tentang hidup sebenar. Aku belajar segalanya.

Scion Zealous, korang sahabat dunia akhirat aku.♥♥♥