Assalamualaikum.
Masa bergerak pantas sehinggakan aku tidak lagi larat untuk mengejar tiap perkara yang semakin menjauh.
Masa bergerak terlalu pantas sehinggakan aku tidak lagi dapat untuk toleh ke belakang, walau cuma sekali.
Setiap langkah yang aku melangkah, setiap tapak yang aku menapak mempunyai kisah dan cerita tersendiri. Sehinggakan aku tidak lagi mampu merakam setiap detik kisah dan cerita itu. Terlalu sakit untuk aku lalui satu persatu. Sakit. Sangat sakit.
Hanya aku yang merasa segalanya. Hanya aku. Tiada siapa akan mengerti kerana ini hidup aku. Jalan hidup aku. Perkara lepas penuh dengan penyesalan. Bagaimana dengan perkara yang bakal mendatang?
Tuhan, tolong aku. Aku rapuh. Terlalu rapuh.
Kepedihan hidup aku, hanya aku yang rasa. Aku meraung keseorangan. Tiada siapa pernah peduli.
Siapa yang akan mengerti perasaan aku? Siapa? Tolong datang dekat dengan aku, aku perlukan 'kau'.
Pernah suatu ketika, aku putus asa dalam hidup. Dan perasaan itu kembali lagi. Sekarang. Ketika ini. Ketika airmata jatuh ke bumi Allah. Bodohnya aku!
Aku merasakan aku lah yang paling merana dalam dunia ini. Sedangkan mereka yang lain lagi merana. Lebih tercabar dugaan yang Allah uji kepada mereka. Tapi aku tak kuat nak hadap semua ni.
Mana Nuha Hazwani yang selalu nasihatkan kawan dia untuk tetap kuat?
Mana Nuha yang dulu?
Hidup aku sungguh tercabar. Aku perlu tempat untuk bertahan. Tolong aku Tuhan.
Aku sendiri tak kuat, macam mana aku nak tengok kawan aku kuat untuk hadap ujian mereka?
Hati aku berkecai. Hidup aku kucar-kacir. Segalanya punah rabak.
Ya Allah, besarnya ujian Kau.
Jangan sangka segalanya. Jangan kau kata kau faham segalanya.
Kerana hanya aku yang merasainya. Hanya aku yang sakit. Hanya aku yang pedih. Hanya aku yang seksa.
Hanya aku yang melaluinya. Pahit getir kehidupan aku.
Bak kata PakYang dan MakYang - saiz cabaran adalah saiz kejayaan.
Aku pegang kata-kata itu.
Allah uji aku sebab Allah sayang aku. Allah uji aku sebab Allah tahu aku mampu untuk hadapi semua itu. Allah uji aku mengikut kemampuan aku. Semakin aku sabar, semakin Allah sayang.
Ya Allah, mohon diberi petunjuk. Permudahkan segalanya. Permudahkan segala urusan aku dunia dan akhirat. Amin.
# Segalanya tersembunyi disebalik senyuman. That's why I named myself - MissFakingSmile.