Mind-effected

Sunday, March 4, 2012

Pilu

Jika ingin menyakitkan dan mempermainkan hati seseorang, lebih baik jangan pernah hadir dan muncul dalam hidup seseorang itu. Ianya hanya akan membuatkan seseorang itu merana dan terasa dipermainkan. 

Insan yang bernama lelaki, mengapa perlu ada sifat yang sukar untuk ditafsirkan? Sungguh aku benci. Bukan menentang ketentuan dan ciptaan Allah, tetapi manusia boleh berubah. Mengapa perlu ada lelaki jika hanya untuk mempermainkan hati dan perasaan seorang wanita? 

Mana sifat ketulusan, keikhlasan kau? Kau, kau dan kau, tipu dengan hati dan perasaan sendiri. Jika tidak suka, boleh pergi. Aku tidak pernah mengharapkan kehadiran kau. 

" I need a man. Lelaki yang boleh anggap aku ni penting dalam hidup dia. Lelaki yang perlukan aku dalam hidup dia. Lelaki yang faham aku. Mana dia?"

"Maksud?"

"Kau tahu, aku benci dan tidak pernah percayakan lelaki lagi. Tapi hati dan perasaan aku tidak mampu untuk menahan semua itu. Berada di alam remaja memang sangat sukar. Sangat sukar. Mungkin faktor umur, tidak menggalakkan untuk itu semua, tetapi ianya lumrah untuk setiap manusia untuk jatuh cinta."

"Bersabarlah. Kau kena bagi peluang untuk mereka hadir dalam hati kau. Tuhan akan menentukan segalanya."


Cinta kepada harta maksudnya bakhil.
Cinta kepada perempuan maksudnya lumrah.
Cinta kepada diri maksudnya bijaksana.
Cinta kepada mati maksudnya hidup.
Cinta kepada Allah Taala maksudnya takwa.

Itu yang perlu ku kejar buat masa ini. Cinta akan Allah swt dahulu. Mungkin dia akan hadir dalam keadaan yang diredhai Allah.

"Dalam lingkungan umur sekarang, sudah sampai masanya untuk mendoakan tentang jodoh."


Tuhan, aku mohon. Kurniakan aku dengan jodoh yang baik, berilmu, beriman dan bertawakal. Yang taat akan perintahMu. Yang mampu menjadi khalifah keluarga, yang mampu membimbing aku ke jalan yang lurus, jalan yang diredhai olehMu.

Banyak yang perlu ku kejar dasawarsa ini. Pelajaran, cita-cita, kerjaya, impian keluarga. Dugaan Tuhan yang sentiasa menemani setiap langkah kehidupan ini. Air mata yang menjadi teman setia tika saat sukar tiba. Hati yang selalu ego ditetapkan. Perasaan sabar sentiasa dikukuhkan. Berdoa dan bermohon agar Dia tingkatkan iman hati ini.

# Aku rindu hidup aku bersama mereka. Mereka segalanya. Tiada yang dapat menggantikan mereka. Tidak akan pernah ada. Patah tumbuh hilang berganti tiada makna bagiku. Mereka nyawa aku. Mereka semangat aku untuk terus bertahan. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk aku meluahkan bermacam masalah, gelak tawa, suka duka. Ya Allah, aku sayang mereka. Sayang mereka. Sangat.