Hey. This is last post from me - maybe. Tomorrow is the day. I have a registration at MRSM Kuala Terengganu. It's hard for me actually cause' I have to leave everything here. I have to begin my life with those new stuffs.
Berat hati. Aku akan jadi student baru. Susah. Aku akan dapat kawan baru. Perit.
Aku rindu mereka. Hanya Tuhan yang mampu sampaikan rindu aku pada mereka. Setiap titis air mata aku penuh dengan kerinduan dan kasih-sayang untuk mereka. Tiada siapa yang dapat gantikan tempat mereka dalan hati aku, dalam hidup aku. Mereka segalanya bagi aku. Tiga tahun tidak pernah cukup untuk aku hidup dengan mereka. Tiga tahun tidak pernah cukup untuk aku terus kenal mereka. Tiga tahun tidak pernah cukup untuk menunjukkan bahawa mereka penting bagi aku. Tuhan, aku rindu mereka. Sangat.
Bagi mereka yang stay di Kuantan. Aku minta tolong, aku merayu. Tolong jaga nama baik batch. Stop it with all bad things. Aku letih untuk dengar semua itu. Hentikan untuk semua kes disiplin, kurang ajar dengan cikgu, tolong hormat pendapat orang lain, hormat kawan. Please, be a mature person. We are 16, upper form. We are gonna facing SPM for next year. Guys, aku sayang korang. Gilaa punya sayang. Ingat senang ke nak dapat kasih-sayang aku?
For those yang pergi PKP lain. I wish you all goodluck there. Tempat baru, budak baru jugak :) Jaga diri elok-elok. Jangan buat kes disiplin. Jaga nama baik MRSM Kuantan. Jangan nak pergi canang muka, mengorat anak orang. Aku tetap sayang korang.
Yang pergi MRSM lain, take care too. Goodluck there!
MRSM KuTer mari :D Jumpa esok. Actually, aku malas nak stay asrama dah, tapi rezeki aku mungkin di sana. Kita sama-sama jaga nama maktab. Korang jangan buat hal pulak kat maktab orang. Jangan gedik nak mengorat sangat lah. Aku ada kat sana, takde chance lah korang! Muahaha
Now, aku susun sepuluh jari, dari hujung rambut sampai hujung kaki, minta ampun, minta maaf, ada salah silap selama persahabatan kita. Halal makan minum aku, halalkan semuanya. Doakan kejayaan aku, I'll do the same. InsyaAllah :) Aku tahu, korang dah takde masa nak baca post aku. And maybe post aku ni dah tersangat lewat. Nevermind, korang cuti nanti, korang baca lah ya.
Okay, ini memang post terakhir aku. Tak sempat dah nak post pagi esok. Around 7.30 dah nak bertolak dari rumah cause' 8.30 dah mula daftar. Aku nak nombor maktab comel! Woot woot >,<
Okay, letih, penat semua ada. Baru lepas habis packing. Complete :D
Bye, assalamualaikum.