Mind-effected

Wednesday, January 11, 2012

Sekolah

First day 
Masuk pintu pagar sekolah. Pergi office -,- Tunggu PK HEM. Haremmm kalau nak masuk office awal, sengal. Asyik kena tunggu je. Tunggu punya tunggu, dia masuk office. Aku masuk bilik dia, boleh pulak tanya aku dari mana? Padahal minggu lepas dah datang dah. Sakit jiwaaa eden. Kena isi borang itu, kena isi borang ini. Cikgu Azham masuk. Dia cakap kelas Premier/Sains Tulen penuh. Fcuk! Dalam hati memang maki hamun ahh. Bengang dengan PK HEM lagi. Duhh, first day dah macam sial. Terpaksa ahh masuk kelas SAINS SUKAN. Sains sukan bhai! Aku nak jadi DOKTOR. Kejadah pulak kena ambil Sains Sukan. Even untuk sementara je, tapi rugi ah. Sebulan nak tunggu manusia-manusia Sains Tulen keluar -,- Kau tahu Sains Sukan ada subjek apa? Meh aku nak bagitahu :-

1) Sains Sukan *for sure ahh
2) Add Math, iaitu Matematik Tambahan *belajar dalam BM doh
3) Prinsip Akaun *aku taknak jadi akauntan, ngok!

Masuk kelas- Aiyooo, sekelas dengan Mukhriz Aiman lah pulaa. Empat A! Takpe, buat muka selamba sudah masuk kelas. Masuk je kelas, dah belajar Sains Sukan. Aku salah time masuk kelas ni. Aku belajar pasal Keagresifan. Dah, cikgu tu dah keluar! Masa habis lah. Sempat jugak buat rajin, salin nota. Haha. Lupa, deskmate aku, Qilah. Budak baru jugak. Boleh ah tahan kawan dengan dia. First day jugak dah belajar Sejarah F4. Yang aku sejarah aku, guru kelas sendiri, Cikgu Zawawi. Dia baru operate jantung. Time dia nak keluar kelas, dia ada bagi satu teka-teki aww. Korang jawab tau. 

Perkejaan apa yang paling ke-jam? 

Nak jawab, inbox aku kat FB :)

Classmates boleh ahh tahan. Ramai jugak kawan sekolah rendah sekolah sini. So, kitaorang dah jumpa balik ahh. Mukhriz Aiman tu, actually kawan aku, classmate aku dari Standard 1, sampai Standard 3. Plus, aku suka dia time sekolah rendah. Setia bhai! Mak bapak aku pun tahu. Dia pun tahu. Kira suka sama suka ahh. Bapak dia, kawan bapak aku. Hee~ Kau ada? Forget it! Petang, ada perjumpaan rumah sukan. Aku masuk rumah sukan warna Biru- Bintang. Ntah pape masuk Biru tiba-tiba! Selama sekolah, aku rumah Hijau, sampai lah Form3. Lepas habis semua, balik. 

Second day

Hari ini, okay lah. Berkawan pun okay. Tapi, aku lagi rapat dengan budak lelaki. Aku memang senang nak masuk, kalau dengan lelaki. Budak perempuan dah ada geng masing-masing. Malas ahh busybody. Mampus kau ahh. Ada aku kisah? -,- Hari ni, pergi sekolah awal. 7.10 dah ada dalam kelas. Well, dah rules macam tu. 7.20, pintu dah tutup. Sengal kan? 7.20 jugak dah kena ada dalam kelas. Cikgu first masuk, bagi salam, baca doa apa bagai, duduk, ambil buku surah, baca surah dulu. Cool apa :D Then, baru belajar. First subject, Matematik. Belajar tajuk Fungsi, that is in English Function. Senang ah jugak tajuk tu. Simple! Cikgu pun baik. Hari ini, belajar satu subjek je. Cikgu Add Math takde. Then, budak kelas bawah turun, lepak kelas aku. Budak lelaki lah. Dah ahh buat bising, kat tempat aku. Songal --' Ada budak handsome, 2orang, tapi tak tahu nama. Kisah sangat aku? Hari ini pun rehat awal. Pukul 10 :) Sebab lepas rehat ada majlis perpisahan dengan PKP - Penolong Kanan Pentadbiran. Beliau dinaikkan pangkat jadi Pengetua kat SMKADG. Dewan dah ahh sempit giloo. Yang ada kat dewan tadi, Form2, Form4, Form5, Form6. Sempit wehh! Nak duduk pun terhimpit-himpit, macam sardin! 

Jumpa Munirah, Aqilah, Syarafana. Muka semua dah lain siot! Last jumpa Standard4. Dah 5tahun tak jumpa. Masa first day, jumpa Tikah, Hidayah, Yana, Mirza, Alia. Hidayah tu time Standard5 pindah overseas. Bapak dia sambung master lecture. Akhir Form1, baru balik Malaysia. Dia pakai braces. Sumpah wehh, muka semua dah lain. Lain gila. Iyalah, semua dah matang apa bagai kan. 

K ahh, nak solat Isyak. Esok, aku story lagi. Walaupun, pembaca tegar aku tiada. Well, KIKS kat maktab en :) HAHA 

*Minggu depan merentas desa. Cik kak, hujan, jalan licin lah wehh!