Diantara kenangan pahit dan manis, mana satu kita paling ingat? Tanya pada diri sendiri dan jawab.
Kalau aku, aku ingat semua. Lagi-lagi part buat kerja bodoh dan gila-gila. Okay, sekarang mari bercerita :)
Budak Form1 -,- Biasalah kecik lagi kalau dekat sekolah menengah. Apatah lagi bila duduk asrama. Macam kami :D Batch yang gila, sumpah gila. Masa minggu orientasi semua malu-malu kucing nak tegur itu ini. Tak suka orang itu ini. Yelah, semua karakter berbeza. Kami datang dari pelbagai negeri, semua cakap ikut loghat masing-masing. Ada yang jumpa kawan lama, kawan baru. Ada yang kenal dekat Kem Akademik masa UPSR dan bermacam ragam. Kalau nak detail satu persatu, 10 page pun tak habis.
Masa belajar, main-main lagi. Kita kena belajar benda-benda asas dulu, buku teks pun tak dapat lagi. Bila Julai, baru dapat buku teks. Macam-macam kes buat. Masa dekat nak exam tu lah, ada kes. Hujung minggu tak payah cakap ah, semua jadi setan! Bila ada usrah, plan blackout-kan surau. Lepas tu, naik kes. Masuk kes pulak hari yang sama dengan kes rokok dan kes boyfriend. Masuk Anjung Karisma, Cikgu Syahmi pegang kertas A4 yang agak tebal dan lipat dua. Bila diri depan dia, macam-macam soalan kena soal. Aku dapat jugak pelempang dengan kertas A4 dia tu. Hikk hokk o.0
Lepas morning call Ahad, kena berkumpul. Ada row-call dengan Senior Form5. Semua masalah kantoi hari yang sama. Couple, curi, rokok, text entah pape. Hari yang paling bersejarah untuk kita kan? Hujung minggu, prep Sabtu, ada seorang makhluk Tuhan buat hal. Nak bunuh orang apa bagai. Yang kawan tu pulak, hilang arah pergi lari sana sini taknak kena bunuh. Cikgu dah pening kepala bila macam-macam kes kita buat XD Bila dalam kelas, setiap subjek mesti ada yang tidur. Lagi-lagi subjek Sivik, Sejarah. Kalau pagi buta subjek tu, sah-sah ramai yang tidur. Yang duduk meja depan tidur, kepala dah gaya roller coaster berpusing! Kalau masa exam, semua bersatu-padu, saling membantu. Tercuit sana, tercuit sini. Baling sana, baling sini. Bila tengok gelagat masa exam sorang-sorang, memang akan tergelak. Ponteng prep petang, tidur dalam bilik memang tak terkira berapa kali!
Tips untuk tidak mengatuk dalam kelas - tengok orang tidur yang ada macam-macam gaya :D
Rindu tahun 2009 ♥
Tahun 2010 :-
Tahun 2011 :-
# Even, ramai yang dah pindah, tapi kita tetap contact kan? Jangan pernah lost contact. Phone number and FB kan ada :) Yang penting, jangan pernah lupa kalau ada yang akan pindah maktab!
Actually, there's are more picto but then coverage was so bad and this is the only one that I'd get.
Kawan, hargaiSCION ZEALOUS. Nama tu sangat sangat bermakna! Korang sendiri pun tahu kan maksud dia. Hargai setiap ahli SCION ZEALOUS. Kita kawan, kita lawan, kita abang, kita kakak, kita adik, kita musuh, kita SAHABAT. ♥
Cuti tahun lepas, dapat banyak gila homework. Setiap subjek ada woo! English- kena buat 30 essays. Gila tak gila woi. Semua gelabah buat homework last minute nak bukak sekolah. Memang lah kan, first day sekolah dah kena submit semua homework tu haa. Ahad malam, semua sanggup tak tidur malam siapkan homework! Isnin- lepas submit homework, pukul 2 kena pergi Kem Jati Diri pulak. Dekat kem, semua gaya denda kita kena. Kan kan kan? Naruto lah. Bila makan, air minum bukan main panas! Masa solo walk dalam hutan malam buta tu, semua muka cuak. Ada jugak yang baca surah campur-aduk sekali. Masa masuk dalam lumpur yang syiokkk tu. Ada yang sempat rasa lumpur, macam aku :D Kasut, baju tak payah cakap ah. Celup lumpur wehh! Balik maktab rendam seminggu pun tak hilang.
Tahun ni lah banyak jugak krisis antara kawan. Lempang-melempang lah, yang ni kata dia rampas pakwe lah, slow talk tepi kiosk lah, berpuak-puak lah. Seingat aku, geng yang ada tahun 2010, 12 Killers, Bluetooth, K.I.T.A. Yang aku ingat lah. Tapi aku tahu, banyak lagi sebenarnya. Ada satu masa tu, kitaorang kenakan Belon. Dia kan takut kucing. So, kitaorang ambik beg sekolah Mickey Mouse dia tu, kitaorang keluarkan semua barang, kitaorang letak kucing! Mahu taknya lari si makcik ni siap pusing-pusing maktab lagi, dah lah tak pakai kasut. Sampai sekarang dia tak pakai beg tu. Fobia punya pasal >,<
Banyak lagi tapi malas nak fikir dah.
Tersangat rindu 2010 ♥
Tahun ni kita PMR kan? Jadual kita pack gila kan? Semua hidup tahun ni penuh dengan PGG. Pagi petang siang malam, hari sekolah, hari cuti, PGG memanjang. Kita kan nak PMR. Kenalah banyak belajar! Bila PMR, semua focus. Bagus bagus. Semua benda sekeliling kita tak layan dah. Bilik dah gaya tongkang pecah. Loker tak payah cakap ah. Kertas handout yang cikgu bagi bersepah dalam bilik. Lepas PMR, semua handout, semua buku nak buang.
Tahun 2011 banyak jugak dugaan, cabaran. Nak senaraikan, den dah malas lah. Kita senangkan cerita kita.
- Kita belajar sama-sama.
- Kita hidup sama-sama tiga tahun.
- Kita gelak ketawa sama-sama.
- Kita kongsi suka duka sama-sama.
- Kita kongsi masalah sama-sama.
- Kita gaduh sama-sama.
- Kita berperang sama-sama.
- Kita PMR sama-sama.
- Kita MIGTY sama-sama.
- Kita graduasi sama-sama.
- Wehh, semua sama-sama woii!
Kau sedar tak? Kawan segalanya okay! Sekarang kita hanya mampu berdoa semua 8A PMR.
Ya Allah, Engkau kurniakanlah kami semua 8A PMR, keputusan yang cemerlang. Kecemerlangan yang dapat membahagiakan ibubapa, keluarga, guru kami. Ya Allah, berikanlah yang terbaik untuk kami. Kami mohon, kurniakanlah kami 8A PMR, supaya kami dapat meneruskan perjuangan kami menimba ilmumu di MRSM KUANTAN sehingga SPM. Amin :)
Next year, we must always stick together! No matter what. Okay friends? Me love you so much. Seriously, love so much. No kidding!
# Even, ramai yang dah pindah, tapi kita tetap contact kan? Jangan pernah lost contact. Phone number and FB kan ada :) Yang penting, jangan pernah lupa kalau ada yang akan pindah maktab!
Actually, there's are more picto but then coverage was so bad and this is the only one that I'd get.
Kawan, hargai
8A, MRSM KUANTAN :) Ohh Yeahh (Y)
Enjoy read this. Me love you, xoxo