Mind-effected

Monday, December 19, 2011

Resah

Sebelum baca, mari bersama-sama tadah tangan, mengaminkan doa :)


Bismillahirahmanirahim,

Ya Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, aku hambanya yang lemah ini, bersujud kepadaMu, kurniakanlah aku serta rakan-rakan seperjuangan, Scion Zealous, semua calon PMR, kejayaan. Kurniakanlah kami kejayaan 8A, kejayaan yang kami idamkan. Sesungguhnya kami ingin membahagiakan ibubapa, keluarga dan juga guru-guru kami. Tiada yang lain dapat membahagiakan ibubapa dan keluarga kami selain kejayaan yang dapat dicapai. Kurniakanlah Scion Zealous kejayaan 8A supaya kami dapat bersama meneruskan perjuangan kami menimba ilmumu di MRSM Kuantan sehingga SPM. Aku mohon, Ya Allah. Jika sebaliknya yang terjadi, Engkau tabahkanlah kami. Engkau berikanlah yang terbaik buat kami, sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui takdir, qada' dan qadar kami. Permudahkanlah urusan kami di dunia dan di akhirat. Sempurnakanlah hari-hari kami. Ya Allah, perkenankanlah doa ibubapa kami, keluarga kami, guru-guru kami, rakan-rakan dan juga semua kaum muslimin dan muslimah. Amin, ya rabbalalamin. 

# Siapa tak resah gelisah, gundah gulana bila tarikh result dah heboh satu dunia. Kita yang telah berusaha, hanya mampu berdoa, bertawakal dan redha. Tuhan tahu apa yang terbaik untuk umatnya! Aku memang tak boleh duduk diam dah. Seram sejuk jahh. Rasa nak tercabut dah kaki ni. Hari Khamis, bakal menanti, akan tiba. Walau bagaimanapun, kita tetap perlu hadapi.
Orang kata, 'PMR is not the end of our life.' , 'SPM ada lagi, jangan risau.'
Orang yang dah lepas memang semua boleh cakap, kita yang bakal mengharungi hari yang penuh bersejarah itu, hanya Tuhan tahu perasaan yang penuh debaran ini.

Aku harap Khamis ni, abah mak akan cakap 'Abah mak bangga dengan sayang!' 
Aku harap Khamis ni, abanglong, kaklong, kakak, abangk, kakepi, emy akan cakap ' Kami bangga dengan adik!'
Aku harap Khamis ni, Hani, Adib, Husna, Anis akan bangga dengan kejayaan moksu!
Aku harap Khamis ni, semua kawan aku cakap ' Kan dah kata kau boleh!'
Aku harap Khamis ni, saudara-mara, sepupu aku cakap ' Kan dah kata, mesti dapat 8A punyaa!'

Aku harap Khamis ni, semua cikgu MRSM Kuantan, bangga dengan kejayaan SCION ZEALOUS :)

Aku mengharapkan semua itu, menjadi kenyataan, realiti 3hari lagi. InsyaAllah, Amin ♥ ♥ ♥