Mind-effected

Wednesday, November 30, 2011

Love

Perasaan ini berat tatkala hati ini tidak tenang bila jari-jemari ini tidak bersedia untuk menjadi wakil luahan hati pada ruangan ini. Huh, hati yang luluh ini akui sukar untuk menghapuskan perasaan yang telah wujud pabila satu hati telah tertaut pada hati yang tidak pernah layak untuk memiliki hati yang penuh dengan kaca yang mudah pecah. Jika diberi peluang, ingin saja perasaan ini dibiar hanyut bersama ombak yang kuat memukul laut tanpa henti dan dibiarkan lenyap begitu sahaja supaya hati ini terus tenang dan mengecapi kebahagian seperti orang lain.

Ya, aku tahu aku salah. Aku salah akan tanggapan itu. Aku sentiasa menginginkan kesempurnaan pada diri seseorang sedangkan aku tahu yang manusia tidak pernah sempurna! Tetapi, aku hanya inginkan kesempurnaan dari segi iman, itu saja, tidak lebih. Aku silap mentafsir segalanya. Tiada guna menyesal jika nasi sudah menjadi bubur. Kau tidak perlu untuk diagungkan, sememangnya kau tidak pernah layak untuk itu. Aku boleh katakan sememangnya kau bodoh kerana membiarkan diri ini pergi bersama perasaan yang penuh dengan keegoan. Malah, kau rugi. Tersangat rugi. Apa kau nak, semua dapat walau aku tidak pernah meminta apa-apa balasan. Aku sedar aku juga bodoh, kerana membiarkan kau hidup dalam kemewahan bila bersama aku. Tidaklah aku mengaku aku kaya raya, hanya mampu atas sesuatu perkara. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna. Pepatah melayu sering membawa maksud tersirat serta berkait dengan hidup manusia.

Cinta dan sayang bukan senang untuk diungkap. Bukan kata-kata yang hanya ditutur melalui bibir semata-mata. Tidak mengerti erti sebenar cinta, jangan berlagak untuk bercinta. Kalau dulu Selamat Pagi Cinta, Selamat Pagi Sayang. Sekarang tidak lagi. Diri ini belum bersedia untuk semuanya. Kini, Selamat Tinggal Cinta, Selamat Tinggal Sayang. 

# Ya, Selamat Tinggal Cinta, lenyaplah sayang.